8 maut serangan pisau di sekolah vokasional China

8 maut serangan pisau di sekolah vokasional China

Polis berkata suspek berang tidak menerima sijil tamat pengajian akibat gagal dalam peperiksaan dan tidak berpuas hati dengan bayaran semasa latihan amalinya.

Seramai 17 mangsa cedera dalam serangan pisau di Wuxi Vocational Institute of Arts and Technology, bandar Yixing, timur China pada petang Sabtu. (Gambar AP)
NANJING:
Lapan terbunuh, manakala 17 lagi cedera dalam serangan pisau di sebuah sekolah vokasional di bandar Yixing, wilayah Jiangsu di timur China pada Sabtu, lapor Xinhua memetik polis tempatan.

Serangan berlaku kira-kira 6.30 petang di Wuxi Vocational Institute of Arts and Technology.

Suspek berusia 21 tahun, yang dikenali dengan nama keluarga Xu ditahan di tempat kejadian dan mengaku melakukan jenayah itu, menurut kenyataan Biro Keselamatan Awam Yixing.

Polis berkata, Xu yang juga graduan sekolah itu tahun ini, kembali ke sekolah untuk melepaskan kemarahannya kerana tidak menerima sijil tamat pengajian selepas gagal dalam peperiksaan dan tidak berpuas hati dengan bayaran dikenakan semasa latihan amalinya.

Polis sedang menyiasat kes itu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.