
Kedua-duanya mengaku bersalah atas tuduhan mengedar imej serta video memaparkan penyeksaan monyet yang dirakam di Indonesia.
Mahkamah Worcester Crown di barat England diberitahu, Orme dan LeGresley kerap menghantar mesej dalam talian yang memperlekehkan serta menyokong perbuatan kejam itu.
Hakim James Burbidge menyifatkan tindakan mereka “terkutuk, menjijikkan dan zalim”.
Mereka ditahan selepas siasatan selama setahun oleh polis dan BBC yang dibantu kumpulan pemuliharaan alam sekitar berpangkalan di UK, Action for Primates.
LeGresley, 37, bertindak sebagai pengendali arkib kumpulan “pembenci monyet” mengaku memuat naik 22 imej dan 132 video penyeksaan ke kumpulan sembang dalam talian antara 25 Mac dan 8 Mei 2022.
Dia juga membuat pembayaran ke akaun PayPal bagi mendorong tindakan kejam pada 25 April 2022. LeGresley dihukum penjara dua tahun.
Orme, 56, yang juga ibu kepada tiga anak mengaku bersalah Ogos lalu kerana memuat naik satu imej dan 26 video penyeksaan antara 14 April dan 16 Jun 2022, serta mendorong penyeksaan dengan membuat pembayaran ke akaun PayPal pada 26 April 2022.
Dia dipenjara 15 bulan.