Korea Utara tandatangan perjanjian ketenteraan dengan Rusia

Korea Utara tandatangan perjanjian ketenteraan dengan Rusia

Perjanjian itu akan berkuat kuasa setelah kedua-dua pihak bertukar dokumen ratifikasi.

Perjanjian antara Korea Utara dan Rusia meningkatkan tahap kerjasama ketenteraan antara kedua-dua negara dan menetapkan bahawa mereka akan memberikan bantuan sekiranya mana-mana negara diserang. (Gambar AP)
SEOUL:
Korea Utara menandatangani perjanjian dengan Rusia dengan mewujudkan ‘perkongsian strategik yang komprehensif’, lapor dpa memetik agensi berita Pyongyang, KCNA.

KCNA melaporkan bahawa Korea Utara menandatangani perjanjian itu pada Isnin, yang dimeterai pada 19 Jun di Pyongyang.

Perjanjian itu akan berkuat kuasa setelah kedua-dua pihak bertukar dokumen ratifikasi, menurut agensi itu.

Presiden Rusia Vladimir Putin menandatangani perjanjian itu pada Sabtu, lapor agensi berita Yonhap, yang memetik laporan agensi berita TASS Rusia.

Dewan Rendah Parlimen Rusia meluluskan perjanjian itu pada 24 Okt.

Perjanjian itu meningkatkan tahap kerjasama ketenteraan antara kedua-dua negara dan menetapkan bahawa mereka akan memberikan bantuan sekiranya mana-mana negara diserang.

Perjanjian itu ditandatangani oleh Putin dan pemimpin Korea Utara Kim Jong Un di Pyongyang pada Jun, tetapi kemudian perlu diluluskan oleh Duma dan ditandatangani oleh para pemimpin negara.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.