Trump umum Susie Wiles ketua turus Rumah Putih

Trump umum Susie Wiles ketua turus Rumah Putih

Presiden Terpilih Amerika Syarikat berkata ia satu penghormatan apabila Susie Wiles dilantik sebagai ketua turus wanita pertama dalam sejarah negara itu.

Susie Wiles
Susie Wiles yang merupakan pengurus kempen Donald Trump akan berkhidmat sebagai ketua turus Rumah Putih, lapor Agensi Anadolu. (Gambar AP)
WASHINGTON:
Presiden Terpilih Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Khamis mengumumkan pengurus kempennya, Susie Wiles akan berkhidmat sebagai ketua turus Rumah Putih, lapor Agensi Anadolu.

“Susie Wiles baru sahaja membantu saya mencapai satu daripada kemenangan politik terbesar dalam sejarah Amerika dan merupakan sebahagian penting daripada kejayaan kempen saya pada 2016 dan 2020,” kata Trump dalam satu kenyataan.

Beliau menyifatkan Wiles sebagai seorang yang ‘tegas, pintar, inovatif dan dihormati serta dikagumi oleh semua pihak.’

“Ini adalah satu penghormatan yang sewajarnya untuk mempunyai Susie sebagai Ketua Turus wanita pertama dalam sejarah Amerika Syarikat. Saya tidak ragu-ragu bahawa beliau akan mengharumkan nama negara kita,” tambah Trump.

Pemilihan ketua turus itu merupakan jawatan pertama dalam pentadbiran yang diumumkan oleh Trump sejak beliau mengisytiharkan kemenangan dalam pemilihan presiden pada awal pagi Rabu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.