Taufan Marce jejas lebih 7,200 keluarga di Filipina

Taufan Marce jejas lebih 7,200 keluarga di Filipina

Menurut Pejabat Pertahanan Awam tiada laporan mengenai mangsa cedera atau kerosakan lain setakat ini.

Seorang penduduk memotong pokok yang tumbang atas bumbung rumahnya selepas Taufan Marce melanda Gattaran, wilayah Cagayan di utara Filipina hari ini. (Gambar AP)
MANILA:
Taufan Marce (Yinxing) menjejaskan kira-kira 7,233 keluarga di tiga wilayah, lapor Agensi Berita Filipina memetik Majlis Pengurusan dan Pengurangan Risiko Bencana Kebangsaan pada Jumaat.

Dalam laporan situasi terkini, agensi itu menyatakan keluarga terlibat berasal dari 239 kawasan di wilayah Ilocos, Cagayan Valley dan Cordillera.

Seramai 3,958 keluarga melibatkan 11,476 orang sedang berlindung di 186 pusat pemindahan, manakala 960 keluarga terdiri 2,913 orang menerima bantuan di luar pusat pemindahan.

Menurut Pejabat Pertahanan Awam, tiada laporan mengenai mangsa cedera atau kerosakan lain setakat ini.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.