
Menurut The Straits Times, mangsa berusia 25 tahun itu bersama dua pelajar lain di pusat bandar apabila dua individu tidak dikenali mengganggu mereka. Kumpulan berkenaan kemudian ke Sint-Pietersstraat, jalan berdekatan.
Di sana, dua suspek lelaki mendekati warga Singapura itu ketika beliau bersendirian. Pertengkaran menyusul menyebabkan mangsa ditikam di perut.
Panggilan kecemasan diterima pada 2.30 pagi waktu tempatan. Anggota polis memberikan pertolongan cemas sebelum ambulans tiba.
Mangsa meninggal dunia selepas dibawa ke hospital.
Kedua-dua suspek ditahan susulan pemeriksaan dari rumah ke rumah untuk mencari pelaku.