
PARIS: Empat cedera diserang kapak kecil dalam sebuah kereta api tempatan di Paris, kata polis pada Isnin yang dilaporkan agensi berita Jerman (dpa).
Jurucakap polis berkata, serangan di Ozoir-la-Ferriere itu adalah tindakan balas dendam. Dua mangsa parah, manakala dua lagi cedera ringan. Butiran lanjut serangan itu belum jelas.
Pengendali kereta api SNCF memaklumkan di platform X, serangan itu berlaku dalam sebuah kereta api di Ozoir-la-Ferrière. Tiada butiran lanjut diberikan, namun beberapa perkhidmatan kereta api dibatalkan ekoran insiden itu.
Media Perancis melaporkan serangan bermula dengan pertengkaran dalam kereta api menyebabkan seorang individu cedera di kepala dan seorang lagi kehilangan tangan akibat serangan itu.