2 maut di Taiwan akibat Taufan Kong-rey

2 maut di Taiwan akibat Taufan Kong-rey

Seramai 515 orang dilaporkan cedera, sementara lebih 11,588 penduduk di kawasan berisiko terpaksa dipindahkan.

Sebuah kenderaan dihempap pokok tumbang akibat badaian Taufan Kong-rey di Taipei pada Jumaat. (Gambar AP)
TAIPEI:
Taufan Kong-rey yang melanda Taiwan mengakibatkan sekurang-kurangnya dua maut, manakala lebih 500 cedera, lapor Agensi Berita Jerman (dpa) memetik Pusat Operasi Kecemasan Pusat (CEOC) pada Jumaat.

Taufan yang membawa angin kencang serta hujan lebat meninggalkan pulau itu semalam dan amaran taufan ditarik balik hari ini.

Namun, satu lagi kematian dilaporkan di Taipei apabila sebatang pokok di daerah Neihu tumbang lalu menghempap dan meragut nyawa seorang penunggang motosikal berusia 48 tahun.

Seramai 515 orang dilaporkan cedera, sementara lebih 11,588 penduduk di kawasan berisiko terpaksa dipindahkan, menurut CEOC.

Pusat itu juga melaporkan lebih 1,429 insiden pokok tumbang, aliran lumpur dan kerosakan jalan di seluruh pulau.

Kerajaan Bandar Taipei memaklumkan usaha pembersihan giat dijalankan selepas taufan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.