Bangladesh haram kumpulan pelajar bekas parti Sheikh Hasina

Bangladesh haram kumpulan pelajar bekas parti Sheikh Hasina

Kerajaan berkata kumpulan pelajar parti Liga Awami terlibat aktiviti konspirasi, subversif, dan keganasan.

Bangladesh Campus Violence
Bangladesh Chhatra League dipersalahkan atas banyak serangan ganas terhadap penunjuk perasaan ketika demonstrasi besar-besaran untuk menyingkirkan Sheikh Hasina. (Gambar AP)
NEW DELHI:
Kerajaan sementara Bangladesh mengharamkan kumpulan pelajar parti Liga Awami dipimpin bekas perdana menteri, Sheikh Hasina di bawah undang-undang antikeganasan.

Larangan ke atas Liga Pelajar Bangladesh (Bangladesh Chhatra League) berkuat kuasa serta-merta, menurut agensi berita Bangladesh Sangbad Sangstha yang dikendalikan kerajaan, memetik kenyataan Kementerian Dalam Negeri.

Semasa tunjuk perasaan besar-besaran yang menyebabkan penyingkiran Hasina, kumpulan itu dipersalahkan atas banyak serangan ganas terhadap penunjuk perasaan.

Perintah larangan itu menyatakan bahawa sepanjang 15 tahun pemerintahan Liga Awami, kumpulan pelajarnya terlibat dalam jenayah seperti pembunuhan, penyeksaan, keganasan di kampus, dan serangan seksual.

Kerajaan mempunyai bukti mencukupi kumpulan itu terlibat dalam aktiviti konspirasi, subversif, dan keganasan terhadap negara, sejak kejatuhan kerajaan Liga Awami pada 5 Ogos, menurut kenyataan itu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.