Insiden tembakan di Washington, 3 budak antara maut

Insiden tembakan di Washington, 3 budak antara maut

Keseluruhan lima individu meninggal dunia dalam kejadian di sebuah rumah, di timur Seattle.

Police line epa images pic 020924
Seorang remaja lelaki ditahan Pusat Tahanan Juvana King County disyaki tembak mati lima individu. (Gambar EPA Images)
WASHINGTON:
Remaja lelaki ditahan susulan kematian lima individu termasuk tiga kanak-kanak dalam insiden tembakan di Washington pada Isnin, lapor United Press International (UPI).

Pihak berkuasa bergegas ke lokasi selepas menerima laporan mengenai insiden tembakan rambang di sebuah rumah di kawasan Fall City, sejurus sebelum 5 pagi (waktu tempatan), kira-kira 25 batu di timur Seattle.

Lima mangsa ditemukan mati di dalam rumah berkenaan dan suspek cuba menggantung diri, menurut paramedik dan pasukan kecemasan.

Seorang mangsa wanita dibawa ke hospital untuk menerima rawatan dan dilaporkan berada dalam keadaan stabil.

Walaupun pihak berkuasa belum mengesahkan hubungan suspek dengan mangsa, mereka menyifatkan kejadian sebagai “kemungkinan kes keganasan rumah tangga.”

Seorang remaja lelaki ditahan dan kini berada di Pusat Tahanan Juvana King County.

“Amat menyedihkan. Sangat mengganggu. Saya yakin pasukan saya akan menjalankan siasatan dengan terperinci dan kami akan menentukan fakta berkaitan insiden ini,” kata Syerif King County, Patti Cole-Tindall.

Umur dan identiti mangsa belum didedahkan, lapor UPI.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.