7 maut jeti feri di AS runtuh

7 maut jeti feri di AS runtuh

Menurut laporan, laluan pejalan kaki di jeti feri Pulau Sapelo runtuh selepas dilanggar sebuah bot menyebabkan sekurang-kurangnya 20 orang terjatuh ke air.

Jeti feri di Pulau Sapelo, Georgia runtuh pada 4.30 petang Sabtu waktu tempatan. (Gambar X)
MOSCOW:
Sekurang-kurangnya tujuh maut selepas jeti feri di Pulau Sapelo, Georgia, Amerika Syarikat roboh, lapor Sputnik memetik pihak berkuasa tempatan.

Pelbagai agensi tempatan, negeri dan persekutuan bertindak balas terhadap kejadian di Marsh Pier, Pulau Sapelo pada 4.30 petang Sabtu waktu tempatan, menurut Jabatan Sumber Asli Georgia.

Xinhua pula melaporkan laluan pejalan kaki di jeti itu runtuh selepas dilanggar sebuah bot menyebabkan sekurang-kurangnya 20 orang terjatuh ke air.

Beberapa mangsa dibawa ke hospital ketika pihak berkuasa meneruskan usaha mencari dan menyelamat, menurut jurucakap Jabatan Sumber Asli Georgia, Tyler Jones.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.