Singapura kerah jet selepas pesawat Air India Express terima ancaman bom

Singapura kerah jet selepas pesawat Air India Express terima ancaman bom

Dua jet itu mengiringi pesawat berkenaan sebelum ia mendarat dengan selamat di Lapangan Terbang Changi Singapura.

F-15
Dua jet pejuang F-15SG mengiringi pesawat Air India Express menjauhi kawasan yang berpenduduk dan ia mendarat dengan selamat di Lapangan Terbang Changi Singapura. (Gambar Facebook)
SINGAPURA:
Singapura mengerahkan dua jet pejuang F-15SG selepas Air India Express menerima e-mel yang menyatakan terdapat bom di dalam pesawat penerbangan AXB684 yang menuju ke Singapura.

Menteri Pertahanan Ng Eng Hen berkata jet pejuang Angkatan Udara Republik Singapura (RSAF) mengiringi pesawat itu menjauhi kawasan yang berpenduduk dan ia mendarat dengan selamat di Lapangan Terbang Changi Singapura pada 10.04 malam Selasa.

“Sistem Pertahanan Udara Berasaskan Darat (GBAD) dan Pasukan Pelupusan Ordnans Letupan (EOD) kami turut diaktifkan.

“Sebaik sahaja di darat, pesawat itu diserahkan kepada polis lapangan terbang,” katanya dalam satu hantaran di X.

Dr Ng berkata siasatan sedang dijalankan.

“Terima kasih kepada dedikasi dan profesionalisme SAF dan Home Team yang memastikan kami selamat, walaupun ancaman wujud di sekeliling kami.”

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.