
Bulan lalu, menteri dalam negeri Niger dilaporkan berkata, sekurang-kurangnya 273 orang maut dan lebih 700,000 lagi terjejas ketika cuaca ekstrem melanda negara itu.
Sehingga 23 Sept lalu, banjir menjejaskan lebih 1.1 juta penduduk, 339 maut dan 383 lagi cedera, kata agensi berita ANP pada Selasa memetik agensi perlindungan sivil Niger.
Banjir menjejaskan seluruh negara, termasuk ibu negara Niamey, di mana sembilan maut.
Banjir turut menyebabkan kehilangan banyak peralatan, ternakan dan bekalan makanan.
Sebuah masjid bersejarah di bandar kedua Zinder, yang dibina pada pertengahan abad ke-19, musnah.
Beberapa kawasan merekodkan taburan hujan sehingga 200% lebih banyak berbanding tahun-tahun sebelumnya, menurut Agensi Meteorologi Niger.
Disebabkan kerosakan pada bangunan sekolah dan jumlah keluarga hilang tempat tinggal, kerajaan menangguhkan permulaan tahun persekolahan kepada akhir Oktober.
Musim hujan di Neger lazimnya berlaku dari Jun hingga September, dengan 195 orang maut pada 2022.
Saintis sekian lama memberi amaran perubahan iklim didorong pelepasan bahan api fosil menjadikan cuaca ekstrem seperti banjir lebih kerap dan lama.