
Beliau menegaskan kesihatan mental penduduk Gaza semakin merosot akibat perang berterusan di wilayah itu.
Mofokeng memberi amaran tahap kebimbangan dan trauma dalam kalangan penduduk Gaza kini mencapai tahap membimbangkan, seiring keterbatasan akses perkhidmatan kesihatan serta rawatan.
Beliau turut menyuarakan kekesalannya terhadap situasi kanak-kanak di Gaza, dengan berkata “terdapat satu generasi kanak-kanak di Gaza yang meninggal dunia sebelum mereka sempat menerima sijil kelahiran”.
“Kita telah mengecewakan generasi di Gaza. Jika kita tidak dapat menghentikan bom daripada digugurkan hari ini, bagaimana kita boleh berbicara tentang masa depan dan generasi akan datang?”