6 maut akibat banjir kilat di utara Bangladesh

6 maut akibat banjir kilat di utara Bangladesh

Menurut Pusat Penyelarasan Tindak Balas Bencana Kebangsaan, banjir teruk melanda kawasan rendah di daerah Mymensingh, Sherpur dan Netrakona.

Banjir kilat memaksa sekurang-kurangnya 20,000 penduduk meninggalkan rumah mereka, menurut Kementerian Pengurusan dan Bantuan Bencana Bangladesh. (Gambar AFP)
DHAKA:
Sekurang-kurangnya enam maut dan ratusan ribu penduduk terkandas akibat banjir kilat selama beberapa hari berpunca daripada hujan lebat di wilayah Mymensingh, utara Bangladesh dengan ribuan rumah masih ditenggelami air.

Menurut Pusat Penyelarasan Tindak Balas Bencana Kebangsaan (NDRCC) di bawah Kementerian Pengurusan dan Bantuan Bencana, banjir teruk melanda kawasan rendah di daerah Mymensingh, Sherpur dan Netrakona, lapor Xinhua.

Pusat itu dalam kemas kini terbaharunya memaklumkan empat lelaki dan dua wanita maut akibat banjir setakat Isnin.

Ketika banjir di daerah Sherpur yang teruk terjejas semakin pulih, situasi di beberapa bahagian Netrakona dan Mymensingh bertambah buruk apabila banjir bergerak ke hilir, memusnahkan benteng perlindungan sungai.

Lebih 250,000 orang terjejas akibat banjir kilat yang bermula 4 Okt lalu selepas hujan sangat lebat melanda Bangladesh dan kawasan bersempadan timur laut India.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.