3 terbunuh dalam serangan pisau di Shanghai

3 terbunuh dalam serangan pisau di Shanghai

Suspek, seorang lelaki berusia 37 tahun bernama Lin ditahan di lokasi kejadian.

tikam stab
Kejadian serangan pisau di sebuah pasar raya di Shanghai, China menyebabkan 3 maut manakala 15 lagi cedera. (Gambar fail)
SHANGHAI:
Tiga orang terbunuh dan 15 yang lain cedera dalam serangan pisau di sebuah pasar raya di sini pada Isnin, menurut polis tempatan pada Selasa, lapor Xinhua.

Polis menerima laporan mengenai kejadian itu pada 9.47 malam dan segera tiba di tempat kejadian.

Suspek, seorang lelaki berusia 37 tahun bernama Lin ditahan di lokasi kejadian.

Kesemua 18 mangsa segera dihantar ke hospital untuk rawatan.

Bagaimanapun, tiga daripada mangsa meninggal dunia manakala yang lain tidak mengalami kecederaan mengancam nyawa.

Siasatan sedang dijalankan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.