
NEW DELHI: Sekurang-kurangnya 46, termasuk 37 kanak-kanak maut akibat lemas ketika melakukan mandi ritual semasa perayaan Hindu di timur India, lapor media tempatan.
Kejadian lemas di sungai dan kolam berlaku di 15 daerah di negeri Bihar sejak Rabu semasa perayaan ‘Jitiya’ yang juga dikenali sebagai ‘Jivitputrika’.
Pada perayaan ini, para ibu berpuasa bagi memohon keberkatan Tuhan untuk kemakmuran dan kesejahteraan anak-anak mereka.
Ketua Menteri Bihar Nitish Kumar, dalam hantaran media sosial, berkata tujuh kanak-kanak lemas di dua lokasi di daerah Aurangabad dan mengumumkan bayaran sagu hati sebanyak 400,000 rupee (kira-kira RM19,800) kepada keluarga mangsa.