
Ghenaat pada Isnin memberitahu pemberita, 14 pelombong terperangkap di blok C lombong itu yang terletak di bandar Tabas susulan kejadian pada lewat Sabtu.
Menurutnya, di blok B, 47 pekerja terperangkap dengan 30 daripadanya meninggal dunia, manakala 17 lagi cedera.
Daripada jumlah mangsa cedera, 10 pelombong masih dirawat di hospital, sementara selebihnya dibenarkan keluar.
Ketua Pengarah Jabatan Pengurusan Krisis Wilayah, Mohammad-Ali Akhondi pada Ahad berkata insiden itu berpunca daripada letupan gas metana di dua blok lombong berkenaan.
Beberapa negara dan pemimpin menyampaikan ucapan takziah serta simpati kepada keluarga mangsa, rakyat serta kerajaan Iran.
Presiden Masoud Pezeshkian mengarahkan siasatan ke atas kejadian itu, menurut ketua Majlis Penerangan pentadbirannya.