Memandu mabuk: Timberlake mengaku salah tuduhan lebih ringan

Memandu mabuk: Timberlake mengaku salah tuduhan lebih ringan

Bintang pop itu didenda USD500 dan diarahkan menjalani 25 hingga 50 jam khidmat masyarakat selain membuat “pengumuman keselamatan awam”.

justin
Justin Timberlake ditahan pada 18 Jun di Sag Harbor, Long Island sejurus selepas detik tengah malam. (Gambar AP)
WASHINGTON:
Bintang pop mega Justin Timberlake mengaku bersalah memandu dalam keadaan terganggu, iaitu tuduhan yang diringankan daripada memandu mabuk dan bersetuju pada musim panas lalu.

Timberlake, 43, yang lesennya juga telah digantung, didenda USD500 dan diarahkan menjalani 25 hingga 50 jam khidmat masyarakat selain membuat “pengumuman keselamatan awam”.

Peguamnya Edward Burke Jr, berkata beliau berpuas hati dengan tuduhan yang lebih ringan itu dan menafikan laporan bahawa Timberlake mabuk ketika ditahan, menurut laporan CBS News.

Timberlake mengaku tidak bersalah pada 2 Ogos lalu atas tuduhan memandu secara mabuk, selepas ditahan pada 18 Jun di Sag Harbor, Long Island sejurus selepas detik tengah malam.

Ketika ditahan polis, mata Timberlake dilaporkan “merah dan berkaca, ada bau alkohol kuat di nafasnya, dan dia tidak dapat memberi perhatian, tidak seimbang berjalan dan tidak lulus sepenuhnya dalam semua ujian mabuk standard dilakukan,” menurut dokumen mahkamah.

Timberlake memberitahu pegawai polis yang menahannya bahawa dia cuma minum segelas minuman beralkohol, selain enggan membuat ujian pernafasan.

Sementara itu, kata bekas pemimpin kumpulan Grammy *NSYNC itu memberitahu wartawan:
“Memang apa saya lakukan satu kesalahan, tetapi saya berharap sesiapa yang menonton atau mendengar pada masa ini belajar daripada kesilapan saya ini.

“Hakikatnya, saya sendiri turut belajar daripadanya. Sekalipun segelas air beralkohol, usahlah memandu.”

Timberlake ditangkap di tengah-tengah Jelajah Dunia Forget Tomorrow yang mempromosikan album terbarunya, Everything I Thought I Was, yang dilancarkan pada Mac.

Artis itu popular selepas menyertai kumpulan *NSYNC dan kemudian bergerak secara solo. Beliau juga turut berlakon dalam beberapa filem.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.