
LIMA: Bekas presiden Peru Alberto Fujimori meninggal dunia pada usia 86 tahun di Lima, menurut ahli keluarganya.
Anaknya, Keiko yang juga seorang tokoh politik memaklumkan di X, bapanya meninggal dunia ‘selepas sekian lama bertarung melawan kanser’.
Beberapa jam sebelum kematiannya pada Rabu, jurucakap Parti Fuerza Popular, Miguel Torres berkata, keadaan bekas presiden itu ‘amat tenat’ dan beliau sedang melalui ‘saat-saat yang sukar’.
Fujimori, yang menjadi presiden Peru dari 1990 hingga 2000, dibebaskan dari penjara Disember lepas setelah menjalani hukuman 25 tahun atas kesalahan jenayah terhadap kemanusiaan.