11 maut bas rempuh murid depan sekolah

11 maut bas rempuh murid depan sekolah

Bas itu dilaporkan hilang kawalan sebelum merempuh murid-murid yang sedang menunggu di pintu masuk sekolah.

Lima murid sekolah turut maut dalam kejadian sebuah bas merempuh kumpulan murid di hadapan sekolah di wilayah Shandong, China.
BEIJING:
Seramai 11 orang, termasuk lima murid, maut selepas sebuah bas sekolah merempuh sekumpulan murid di wilayah Shandong, China, lapor Agensi Berita Jerman (dpa) memetik media tempatan.

Bas terbabit dilaporkan hilang kawalan sebelum merempuh murid-murid yang sedang menunggu di pintu masuk sekolah di bandar Taian, lapor Agensi Berita Xinhua.

Selain yang maut, seorang mangsa berada dalam keadaan kritikal, manakala 12 lagi dilaporkan stabil.

Punca kemalangan masih dalam siasatan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.