
Jurucakap polis, Alexander Kresta, berkata seorang lelaki menikam orang ramai secara rambang semasa festival muzik di pusat bandar dan melarikan diri dari tempat kejadian.
Katanya, pihak polis sedang menemu bual saksi dan mengumpul maklumat untuk mengenal pasti suspek.
Pihak berkuasa mengesahkan sekurang-kurangnya tiga terbunuh dalam serangan itu, manakala lima lagi mangsa parah dibawa ke hospital untuk rawatan.
Menurut laporan akhbar Bild, suspek sengaja menikam mangsa di bahagian leher.
“Penyiasat kini mengklasifikasikan jenayah ini sebagai serangan pengganas,” lapor akhbar itu.
Polis Solingen meminta orang ramai mengelakkan pusat bandar semasa operasi berlangsung.