China kritik tarif tak adil Suruhanjaya Eropah ke atas EV

China kritik tarif tak adil Suruhanjaya Eropah ke atas EV

Suruhanjaya Eropah mahu mengenakan duti import ke atas EV China sehingga 36%.

car-factory
Suruhanjaya Eropah mahu mengenakan tarif itu terhadap pengeluar EV China susulan siasatan antisubsidi. (Gambar BYD)
BEIJING:
Kementerian Perdagangan China mengkritik rancangan Suruhanjaya Eropah mengenakan duti import sehingga 36.3% ke atas kenderaan elektrik (EV) buatan China, dan berjanji akan mengambil semua langkah perlu melindungi hak dan kepentingan sah syarikat China.

Bulan lalu, suruhanjaya itu mengenakan tarif tambahan sementara sehingga 37.6% ke atas pengeluar EV China selepas melancarkan siasatan antisubsidi terhadap EV China pada Oktober 2023, lapor Xinhua.

Pada Selasa, Suruhanjaya Eropah menerbitkan draf rancangan menjadikan tarif itu muktamad, tertakluk kepada kelulusan negara anggota EU.

Menurut jurucakap kementerian, proses siasatan antisubsidi suruhanjaya terhadap EV China tidak mematuhi peraturan Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) dan merupakan tindakan ‘persaingan tidak adil’ yang berselindung di sebalik ‘persaingan adil’.

Jurucakap itu menegaskan bahawa amalan salah suruhanjaya itu akan mengganggu kestabilan rantaian bekalan automotif global dan menjejaskan kepentingan pengguna Eropah. Selain itu, ia juga akan menjejaskan transformasi hijau EU dan kerjasama global dalam menangani perubahan iklim.

Jurucakap itu juga berkata bahawa kedua-dua pihak mengadakan lebih 10 pusingan rundingan teknikal mengenai kes ini sejak akhir Jun dan menyeru EU mengambil langkah praktikal bagi mengelakkan peningkatan pertikaian perdagangan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.