Hotel runtuh di Jerman: 2 maut, beberapa mangsa cedera

Hotel runtuh di Jerman: 2 maut, beberapa mangsa cedera

Tiga mangsa yang masih terperangkap di bawah runtuhan dikhuatiri mengalami kecederaan serius.

Germany-hotel-collapse-AP
Seramai 14 orang berada di sebuah hotel di Rhineland-Palatinate, barat Jerman ketika ia runtuh, dengan lima daripadanya berjaya menyelamatkan diri tanpa mengalami sebarang kecederaan. (Gambar AP)
MAINZ:
Dua orang maut selepas sebahagian bangunan sebuah hotel di Rhineland-Palatinate, Jerman runtuh pada Selasa malam, menurut polis.

Sementara itu, tiga lagi mangsa yang masih terperangkap di bawah runtuhan dikhuatiri mengalami kecederaan serius, kata jurucakap pusat operasi kecemasan daerah, Jörg Teusch.

“Seluruh struktur bangunan itu tidak stabil,” kata Teusch pada sidang media, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Beliau berkata, kerja-kerja penggerudian teras dilakukan bagi memasang mikrofon yang kemudiannya digunakan untuk berkomunikasi dengan mangsa yang terperangkap.

Terdahulu, polis melaporkan empat orang berjaya diselamatkan termasuk seorang kanak-kanak berusia dua tahun, dua wanita dan seorang lelaki.

Seramai 14 orang berada di hotel ketika kejadian, lima daripadanya berjaya menyelamatkan diri tanpa mengalami sebarang kecederaan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.