
Menteri Dalam Negeri, Ali Yerlikaya menerusi catatan X berkata, sebahagian besar individu itu ditahan di Ankara dan Izmir di bahagian barat, selain di kawasan tengah, timur dan selatan Turki.
“Seramai 99 suspek ditahan dalam operasi GURZ-4 sejak tiga hari lalu. Kami tidak akan bertolak ansur dengan mana-mana pengganas,” katanya.
Pihak berkuasa Turki membuat tangkapan besar-besaran ke atas individu disyaki anggota IS dalam beberapa tahun ini, dengan terbaharu 147 suspek ditahan Mac lalu.
Selepas penahanan itu, Yerlikaya berkata, polis turut memberkas 2,919 individu disyaki ada kaitan dengan kumpulan IS.
Menurut pihak berkuasa tempatan, dua daripada penyerang yang membunuh 145 orang di Dewan Bandaraya Crocus, Moscow pada Mac lalu, serangan yang IS akui bertanggungjawab lancarkan, menghabiskan beberapa minggu di Turki sebelum ke Rusia.