China catat Julai paling panas sejak 1961

China catat Julai paling panas sejak 1961

Purata suhu di China pada Julai mencapai 23.21 darjah Celsius, mengatasi 23.17 darjah Celsius yang dicatatkan pada Julai 2017.

cuaca panas
Semua wilayah di China mengalami suhu lebih tinggi daripada biasa bulan lepas, dengan Guizhou dan Yunnan mencatat suhu tertinggi.
BEIJING:
China mengalami bulan paling panas dalam sejarah moden pada Julai, dengan purata suhu bulanan tertinggi sejak negara itu mula mengumpul data komprehensif pada 1961, lapor Agensi Berita Emiriah (WAM) memetik pihak berkuasa meteorologi China.

Menurut China Central Television (CCTV), purata suhu di China pada Julai mencapai 23.21 darjah Celsius, mengatasi 23.17 darjah Celsius yang dicatatkan pada Julai 2017.

WAM juga melaporkan, semua wilayah mengalami suhu lebih tinggi daripada biasa, dengan Guizhou dan Yunnan mencatat suhu tertinggi untuk Julai, diikuti Hunan, Jiangxi, Zhejiang, Fujian, dan Tibet.

Pihak berkuasa meteorologi memberi amaran bahawa gelombang haba dijangka berterusan hingga Ogos, yang memberi kesan terutamanya kepada kawasan tengah dan tenggara negara itu.

Suhu diramalkan melebihi 40 darjah Celsius di beberapa kawasan, terutamanya di Jiangsu, Zhejiang, dan Shanghai.

Kepanasan melampau ini dikaitkan dengan pengaruh kuat tekanan tinggi subtropika di kawasan berkenaan yang membawa kepada perkembangan dan intensifikasi cuaca panas di Jianghai, Jianghuai, Jiangnan, dan kawasan lain di China.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.