Taufan Gaemi ragut 33 nyawa di Filipina

Taufan Gaemi ragut 33 nyawa di Filipina

Punca kematian mangsa dipercayai akibat lemas, tanah runtuh, pokok tumbang dan terkena renjatan elektrik.

Penduduk meredah banjir di jalan ditenggelami air susulan hujan monsun yang diburukkan lagi dengan Taufan Gaemi melanda Filipina. (Gambar AP)
MANILA:
Angka kematian akibat banjir dan tanah runtuh yang dicetuskan Taufan Gaemi dan monsun barat daya meningkat kepada 33 orang setakat ini, menurut polis pada Jumaat.

Xinhua melaporkan 11 orang maut di Manila, 12 di wilayah Calabarzon dan 10 di Luzon Tengah, termasuk seorang kru kapal tangki minyak yang karam di luar pantai wilayah Bataan pada Khamis.

Punca kematian dipercayai akibat lemas, tanah runtuh, pokok tumbang dan terkena renjatan elektrik.

Gaemi, taufan ketiga yang melanda Filipina tahun ini mengakibatkan kerosakan dan kemusnahan di bandar serta kampung seluruh negara, manakala ratusan ribu penduduknya terpaksa berpindah.

Pada 2013, Filipina dilanda Taufan Haiyan yang mengorbankan lebih 7,000 orang.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.