Mahkamah Agung Bangladesh batal sistem kuota kerja selepas protes

Mahkamah Agung Bangladesh batal sistem kuota kerja selepas protes

Mahkamah Agung Bangladesh memutuskan 93% daripada semua pelantikan akan berdasarkan merit, dengan 5% untuk keturunan veteran perang kemerdekaan 1971 dan 2% buat kaum minoriti atau kurang upaya.

Pegawai polis mengadakan pemeriksaan ke atas orang ramai di Dhaka selepas kerajaan melaksanakan perintah berkurung di seluruh negara mulai semalam. (Gambar AP)
NEW DELHI:
Mahkamah Agung Bangladesh membatalkan sebahagian besar keputusan memperkenalkan semula sistem kuota perkhidmatan awam susulan protes besar-besaran terhadap rancangan itu, lapor Agensi Berita Jerman (dpa) memetik BBC Bangla.

Mahkamah itu memutuskan 93% daripada semua pelantikan akan berdasarkan merit berkuat kuasa serta-merta dengan 5% diperuntukkan kepada keturunan veteran perang kemerdekaan 1971 dan 2% kepada kaum minoriti atau kurang upaya.

Sistem kuota asal memperuntukkan lebih separuh pekerjaan sektor awam untuk kumpulan berkenaan.

Ia dilihat memihak kepada penyokong Perdana Menteri, Sheikh Hasina dan Liga Awami.

Kuota lebih tinggi dibatalkan pada 2018, tetapi diperkenalkan semula oleh mahkamah lebih rendah bulan lepas, kata penyiar itu.

Lebih 100 orang terbunuh dalam keganasan tercetus pada Selasa lalu, lapor BBC Bangla memetik akhbar Prothom Alo dan The Daily Star.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.