
Seramai 20 lagi cedera dalam serangan di kafe yang dipenuhi peminat bola sepak sedang menyaksikan final Euro 2024, kata Mohamed Yusuf, pegawai dari agensi keselamatan negara.
“Ada ramai pelanggan dalam restoran itu, kebanyakannya remaja yang menonton perlawanan bola sepak, tetapi kebanyakannya berjaya keluar dengan selamat menggunakan tangga untuk memanjat dan melompat ke dinding perimeter belakang.”
Pegawai polis, Mohamed Salad bergegas ke tempat kejadian beberapa minit selepas letupan dan memberitahu AFP beberapa mayat ditemui di bawah serpihan, dengan lima daripadanya maut di luar bangunan serta jalan utama, termasuk pemandu kenderaan yang melalui kawasan itu.
Tiada kumpulan tampil mengaku bertanggungjawab atas pengeboman itu, tetapi Agensi Berita Nasional Somalia dikendalikan kerajaan pada Ahad berkata, serangan itu dilakukan militan Al-Shabaab dikaitkan dengan Al-Qaeda.
Al-Shabaab melancarkan pemberontakan berdarah terhadap kerajaan Somalia lebih 17 tahun dan melancarkan banyak pengeboman di Mogadishu serta lokasi kawasan lain dalam negara itu.