
Jurucakap Tentera Darat Filipina, Frank Roldan berkata dua anggota kumpulan New People’s Army (NPA) terbunuh dalam pertempuran selama 15 minit sebelum 7 pagi waktu tempatan di bandar Esperanza.
Beliau berkata, empat pemberontak melarikan diri meninggalkan rakan mereka yang terkorban.
Tentera menemui senapang M653, revolver kaliber 38 dan barangan peribadi lain milik pemberontak.
Tiada tentera kerajaan terbunuh atau cedera dalam pertempuran itu.
NPA sering bertempur dengan pihak kerajaan sejak 1969 dan sering menyasarkan kawasan luar bandar.
Data tentera menunjukkan kekuatan anggota NPA merosot berbanding 25,000 anggota bersenjata pada 1980-an.