19 maut dipanah petir di India

19 maut dipanah petir di India

Kebanyakan mangsa maut disambar petir ketika sedang bekerja di ladang atau berlindung di bawah pokok semasa hujan.

Setiap tahun bermulanya musim monsun di India, ratusan orang maut dipanah petir. (Bernama pic)
NEW DELHI:
Sekurang-kurangnya 19 maut, manakala tujuh lagi cedera dipanah petir di negeri Bihar, timur India, kata Xinhua memetik laporan penyiar kerajaan All India Radio pada Sabtu.

Hujan lebat dan ribut petir disertai panahan petir melanda negeri itu dalam tempoh 24 jam lepas menjejaskan 10 daerah.

Menurut laporan itu, kebanyakan mangsa maut disambar petir ketika sedang bekerja di ladang atau berlindung di bawah pokok semasa hujan.

Jabatan Meteorologi India mengeluarkan amaran kuning untuk tempoh 24 jam akan datang, dengan hujan lebat disertai guruh dan petir diramalkan di bahagian utara, tenggara dan selatan-tengah Bihar.

Setiap tahun bermulanya musim monsun di India, ratusan orang maut dipanah petir.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.