Curi 180kg keju, anggota polis Jerman dipecat

Curi 180kg keju, anggota polis Jerman dipecat

Sebuah mahkamah di negeri Rhineland-Palatinate mengekalkan sabitan bersalah ke atas lelaki itu, selepas menolak rayuannya pada Selasa.

Anggota polis dalam rayuannya berkata, keju itu tidak bernilai dan dia hanya mahu menyelamatkannya daripada dimusnahkan. (Gambar AFP)
KOBLENZ:
Seorang anggota polis Jerman hilang pekerjaan selepas mencuri 180kg keju cheddar daripada sebuah lori terbalik, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Sebuah mahkamah di negeri Rhineland-Palatinate mengekalkan sabitan bersalah ke atas lelaki itu, selepas menolak rayuannya pada Selasa.

Menurut mahkamah, anggota polis itu yang bertugas dengan polis lebuh raya sepatutnya mengawal tempat kejadian.

Dia memandu sebuah bas polis ke kawasan kontena lori rosak dan meminta pekerja di sana menyerahkan beberapa bungkusan keju kepadanya.

Dia mencuri sembilan bungkusan keju yang setiap satu seberat 20kg bernilai €554 (USD594).

“Defendan membawa beberapa bungkusan ke pejabat,” menurut kenyataan itu. Ia boleh diandaikan dia juga menyimpan beberapa bungkusan keju untuk dirinya serta rakan dan saudara-maranya.

Dalam rayuannya, anggota polis itu menyatakan keju itu tidak bernilai dan dia hanya mahu menyelamatkannya daripada dimusnahkan. Dia sendiri langsung tidak makan keju cheddar terbabit.

Bagaimanapun, mahkamah menyatakan lelaki itu melakukan kesalahan mencuri semasa bertugas dengan berpakaian seragam dan senjata perkhidmatannya.

“Dengan kelakuan ini, defendan merosakkan reputasi pasukan polis negara,” kata mahkamah.

Menurut mahkamah, nilai keju itu tidak penting dan menjadi tanggungjawab pegawai untuk mencegah kecurian.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.