205 kematian akibat denggi di Filipina tahun ini

205 kematian akibat denggi di Filipina tahun ini

Setiausaha Kesihatan, Teodoro Herbosa menggesa kerajaan tempatan mengambil inisiatif memusnahkan tempat pembiakan nyamuk.

Sebanyak 77,867 kes denggi direkodkan di seluruh Filipina dari 1 Jan hingga 15 Jun tahun ini, peningkatan sebanyak 15% berbanding tempoh sama tahun lalu. (Gambar Envanto Element)
MANILA:
Filipina merekodkan 205 kematian akibat denggi dari 1 Jan hingga 15 Jun tahun ini, menurut Jabatan Kesihatan pada Isnin, lapor Xinhua.

Sepanjang tempoh itu, sebanyak 77,867 kes denggi direkodkan di seluruh Filipina, peningkatan sebanyak 15% berbanding tempoh sama tahun lalu.

Setiausaha Kesihatan, Teodoro Herbosa berkata, belum terlambat membuat perubahan, justeru kerajaan tempatan digesa mengambil inisiatif memusnahkan tempat pembiakan nyamuk.

Pada 29 Mei lalu, biro cuaca mengumumkan permulaan musim hujan di Filipina.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.