
Kedutaan Arab Saudi di Beirut menggesa rakyatnya yang kini berada di Lubnan ‘meninggalkan wilayah itu dengan segera’ dan menekankan keperluan terus berhubung dengan kedutaan sekiranya berlaku sebarang kecemasan.
Menteri Luar Australia Penny Wong menggesa warganya di Lubnan supaya segera beredar sementara penerbangan komersial masih tersedia.
Kementerian Luar Belanda turut mengeluarkan nasihat perjalanan yang sama di platform X.
Jerman, Kanada, Amerika Syarikat, Ireland, Jordan, dan United Kingdom juga meminta rakyatnya meninggalkan Lubnan secepat mungkin.
Amaran itu dibuat selepas Kuwait menggesa rakyatnya pada 22 Jun untuk mengelak perjalanan ke Lubnan dan mereka yang berada dalam negara itu meninggalkan negara itu secepat mungkin ‘memandangkan situasi keselamatan yang berlaku di rantau itu’.