3 maut, 10 cedera dalam insiden tembakan luar kedai runcit

3 maut, 10 cedera dalam insiden tembakan luar kedai runcit

Penyerang yang cedera parah akibat ditembak polis berjaya ditahan.

Dua anggota penguatkuasa turut cedera dalam kejadian tembakan di luar sebuah kedai runcit di Fordyce, Arkansas, AS, pada Jumaat. (Gambar AP)
SAN FRANCISCO:
Tiga orang maut dan 10 lagi cedera dalam insiden tembakan di luar sebuah kedai runcit di Fordyce, Arkansas, Amerika Syarikat, pada Jumaat.

Menurut polis, dua anggota penguatkuasa turut cedera dalam kejadian itu, lapor Xinhua.

Sementara itu, penyerang dilaporkan ditahan setelah cedera parah akibat ditembak polis.

Gabenor Arkansas Sarah Huckabee Sanders berkata, beliau telah diberi taklimat mengenai kejadian itu.

“Saya berterima kasih kepada penguatkuasa undang-undang atas tindakan berani dan pantas mereka menyelamatkan nyawa,” katanya di media sosial.

Setakat Jumaat, sebanyak 234 insiden tembakan berlaku di Amerika Syarikat tahun ini, mengakibatkan sekurang-kurangnya empat maut dalam setiap serangan, menurut ‘Gun Violence Archive’ yang berpangkalan di AS.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.