Pegawai keselamatan PM Britain ditahan bertaruh tarikh PRU

Pegawai keselamatan PM Britain ditahan bertaruh tarikh PRU

Pegawai yang digantung tugas itu kemudian dibebaskan dengan jaminan sementara menunggu siasatan lanjut.

handcuff
Polis Metropolitan mengesahkan seorang konstabel polis dari Komando Perlindungan Diraja dan Pakar ditahan Isnin lalu kerana disyaki melakukan salah laku dalam tugas awam.
WASHINGTON:
Seorang pegawai keselamatan Perdana Menteri Britain, Rishi Sunak ditahan atas dakwaan membuat pertaruhan tarikh PRU diadakan di negara itu, lapor United Press International (UPI).

Polis Metropolitan pada Rabu mengesahkan seorang konstabel polis dari Komando Perlindungan Diraja dan Pakar ditahan Isnin lalu kerana disyaki melakukan salah laku dalam tugas awam.

Penahanan itu susulan siasatan Suruhanjaya Perjudian mengenai dakwaan pertaruhan berkaitan tarikh PRU, menurut laporan BBC.

Badan pemantau pertaruhan itu menghubungi Polis Metropolitan mengenai pegawai terbabit minggu lalu.

Pegawai yang digantung tugas itu kemudian dibebaskan dengan jaminan sementara menunggu siasatan lanjut, menurut kenyataan Polis Metropolitan.

Penahanan itu berlaku selepas seorang pembantu kanan Sunak mengakui dia juga sedang disiasat Suruhanjaya Perjudian minggu lalu.

Bekas setiausaha peribadi Parlimen Sunak, Craig Williams yang akan bertanding di kerusi Parlimen Montgomeryshire & Glyndwr, sedang disiasat kerana disyaki membuat pertaruhan mengenai tarikh PRU.

Baru-baru ini, Sunak mengumumkan PRU akan diadakan pada 4 Julai untuk memilih Ahli Parlimen ke Dewan Rakyat.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.