Israel sekat kemasukan haiwan korban bagi sambutan Aidiladha di Gaza

Israel sekat kemasukan haiwan korban bagi sambutan Aidiladha di Gaza

Pejabat media Gaza berkata, 'pasukan pendudukan melakukan jenayah baharu' dengan menghalang kemasukan haiwan korban menerusi penutupan semua lintasan Semenanjung Gaza.

Rakyat Palestin yang kehilangan tempat tinggal akibat serangan rejim Zionis menunaikan solat sunat Aidiladha di Kem Khan Younis, Gaza pada Ahad. (Gambar AP)
BANDARAYA GAZA:
Sekatan terbaharu Israel menyebabkan ratusan ribu keluarga di Semenanjung Gaza tidak berpeluang melakukan ibadah korban bagi Aidiladha tahun ini, menurut kenyataan pejabat media Gaza pada Sabtu.

Pejabat itu memaklumkan “Pasukan pendudukan melakukan jenayah baharu” dengan menghalang kemasukan haiwan korban menerusi penutupan semua lintasan Semenanjung Gaza, termasuk lintasan sempadan Rafah dan Kerem Shalom.

Pejabat media berkata, larangan ini merupakan “pelanggaran hak asasi manusia yang jelas dan mengabaikan nilai-nilai kemanusiaan serta Islam”, lapor Agensi Anadolu.

“Tanggungjawab moral dan undang-undang memerlukan masyarakat antarabangsa melakukan campur tangan secara serius bagi menamatkan pembunuhan beramai-ramai dan menghentikan pencabulan hak serta hak asasi umat Islam secara terang-terangan,” menurut kenyataan itu.

Hampir 37,300 rakyat Palestin terbunuh di Gaza sejak Oktober tahun lalu, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak serta hampir 85,200 lagi cedera, menurut pihak berkuasa kesihatan tempatan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.