Kabinet Mesir letak jawatan, PM diarah bentuk kerajaan baharu

Kabinet Mesir letak jawatan, PM diarah bentuk kerajaan baharu

Presiden Abdel-Fattah al-Sisi mengarahkan Mostafa Madbouly memilih menteri yang mempunyai kompetensi, pengalaman dan keupayaan cemerlang.

Mostafa Madbouly
Selepas Jemaah Menterinya meletak jawatan, Perdana Menteri Mesir Mostafa Madbouly diarahkan membentuk kerajaan baharu. (Gambar Wikipedia)
PETALING JAYA:
Perdana Menteri Mesir Mostafa Madbouly menyerahkan surat peletakan jawatan Jemaah Menterinya pada Isnin, menurut kenyataan presiden.

Presiden Abdel-Fattah al-Sisi menerima peletakan jawatan itu dan menugaskan Mostafa membentuk kerajaan baharu “dengan menteri-menteri yang mempunyai kompetensi, pengalaman, dan keupayaan yang cemerlang,” lapor Bernama.

Abdel-Fattah meminta kerajaan baharu itu mencapai beberapa matlamat, termasuk menjaga keselamatan negara, membuat pembaharuan ekonomi serta menggalakkan pertumbuhan sektor swasta.

Beliau turut mengarahkan kerajaan baharu itu berusaha mengurangkan kenaikan harga dan inflasi serta mengawal pasaran.

Mostafa dilantik menjadi perdana menteri Mesir sejak 2018, menggantikan Sherif Ismail yang meletak jawatan susulan pelantikan semula Abdel-Fattah sebagai presiden.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.