16 kali ditembak, calon datuk bandar Mexico maut

16 kali ditembak, calon datuk bandar Mexico maut

Jose Alfredo Cabrera Barrientos ditembak pada penutupan kempen pilihan rayanya bagi majlis perbandaran Coyuca de Benitez.

Jose Alfredo Cabrera Barrientos bertanding mewakili gabungan pembangkang PRI-PAN-PRD dibunuh di komuniti Las Lomas. (Gambar Facebook)
MEXICO CITY:
Seorang calon jawatan ketua majlis perbandaran Coyuca de Benitez di negeri Guerrero, Mexico ditembak mati semasa perhimpunan penutupan kempen pilihan rayanya, menurut media tempatan.

Jose Alfredo Cabrera Barrientos yang bertanding mewakili gabungan pembangkang PRI-PAN-PRD dibunuh di komuniti Las Lomas, lapor Sputnik.

Seorang penyerang bersenjatakan pistol menghampiri calon itu dari belakang semasa mangsa sedang bercakap dengan penduduk sebelum melepaskan sekurang-kurangnya 16 das tembakan.

Terdahulu pada hari sama, seorang calon mewakili parti pemerintah Mexico bagi jawatan ketua majlis perbandaran Encarnacion de Diaz, Gilberto Palomar Gonzalez dan dua yang lain cedera dalam satu serangan bersenjata di negeri Jalisco.

Calon tersebut bersama abang dan setiausahanya, telah dikejarkan ke hospital dengan kecederaan akibat tembakan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.