
Kementerian Kesihatan dalam kenyataan semalam berkata, kerajaan “sedang menjejaki trajektori gelombang ini”.
Katanya, jumlah kes Covid-19 dianggarkan meningkat hampir dua kali ganda kepada 25,900 kes dari 5 hingga 11 Mei lalu berbanding 13,700 kes pada minggu sebelumnya.
Purata harian kemasukan ke hospital kes Covid-19 meningkat kepada kira-kira 250 orang daripada 181 orang dalam tempoh sama, kata kementerian itu.
Ia meminta hospital kerajaan mengurangkan kes pembedahan elektif tidak mendesak dan memindahkan pesakit sesuai ke kemudahan penjagaan bagi memastikan kapasiti katil hospital mencukupi.
“Kami di permulaan gelombang di mana ia semakin meningkat,” kata Menteri Kesihatan, Ong Ye Kung dipetik Straits Times.
“Gelombang itu akan memuncak dalam dua hingga empat minggu akan datang, iaitu antara pertengahan dan akhir Jun.”