
NEW DELHI: Sekurang-kurangnya 12 orang terbunuh dan beberapa lagi mangsa cedera pada Khamis akibat dipanah petir di Bengal Barat, timur India, kata pegawai.
Angka korban dalam serangan kilat itu dilaporkan di daerah Malda, kira-kira 327km di utara Kolkata, ibu kota Bengal Barat, lapor Xinhua.
Pegawai berkata, semua mangsa sedang bekerja di kebun dan ladang ketika disambar petir.
Setiap tahun bermulanya musim tengkujuh, ratusan penduduk maut dipanah petir di India.