Tentera AS ‘permudah’ bantuan ke Gaza menerusi dermaga

Tentera AS ‘permudah’ bantuan ke Gaza menerusi dermaga

Pihak tentera memaklumkan dermaga sementara di luar pantai Semenanjung Gaza siap untuk beroperasi.

Komando Pusat AS berkata dermaga di luar pantai Semenanjung Gaza itu sebagai menyokong bantuan kemanusiaan tambahan kepada orang awam Palestin. (Gambar AP)
ANKARA:
Tentera Amerika Syarikat (AS) mengumumkan ia selesai membina sebuah dermaga sementara di luar pantai Semenanjung Gaza bagi menyediakan bantuan sangat diperlukan kepada penduduk wilayah yang dikepung itu, lapor Agensi Anadolu.

“Hari ini kira-kira 7.40 pagi (waktu Gaza) kakitangan Komando Pusat Amerika Syarikat yang menyokong misi kemanusiaan untuk menyampaikan bantuan kemanusiaan tambahan kepada orang awam Palestin berlabuh di dermaga sementara ke pantai di Gaza,” kata Komando Pusat AS (Centcom) di X.

Centcom berkata, sebagai sebahagian daripada usaha itu, tiada askar AS yang memasuki Gaza sambil menambah bahawa trak yang membawa bantuan kemanusiaan dijangka mula bergerak ke darat dalam beberapa hari akan datang.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan menerima bantuan itu dan menyelaraskan pengagihannya ke Gaza.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.