
Jengkaut juga digunakan bagi menggali serpihan ketika penyelamat berusaha mencari mangsa yang terselamat selepas papan iklan runtuh di sebuah stesen minyak di timur bandar itu, menyebabkan berpuluh-puluh mangsa terperangkap di bawahnya.
Lapan mayat dikeluarkan dari sisa runtuhan, kata pegawai Pasukan Tindak Balas Bencana Kebangsaan (NDRF), Gaurav Chauhan.
Empat lagi mayat masih tertimbus di bawah runtuhan, tambahnya.
“Kami berjaya mengesan mayat mangsa tetapi tidak boleh mengeluarkannya kerana pam petrol ini dan keadaan amat bahaya,” katanya.
Terdahulu, pihak berkuasa perbandaran dalam satu kenyataan berkata 60 orang diselamatkan dan dirawat di hospital.
Papan iklan yang runtuh itu berukuran 70m kali 50m, menurut polis Mumbai di X.
Mumbai dilanda angin kencang disertai hujan dan ribut debu pada Khamis yang menumbangkan pokok serta menyebabkan bekalan elektrik terputus di beberapa bahagian bandar, selain gangguan pada rangkaian kereta api.
Media India melaporkan penerbangan digantung sementara di lapangan terbang antarabangsa bandar itu, dengan sekurangnya 15 penerbangan dilencongkan.
Timbalan Ketua Menteri Maharashtra, Devendra Fadnavis berkata mangsa yang cedera dirawat di Hospital Rajawadi.
“Siasatan peringkat tinggi telah diarahkan ke atas insiden itu,” kata Fadnavis di X.