
Sistem baharu itu, yang akan bermula pada 20 Mei, menyasarkan untuk mengurangkan kesesakan di tempat penyambut pengunjung dengan membolehkan pendaki membayar 2,000 yen (USD13) terlebih dahulu, lapor agensi berita Kyodo memetik kerajaan tempatan pada Isnin.
Wilayah itu menerima maksimum 4,000 pendaki sehari, dan 3,000 slot disediakan untuk tempahan dalam talian.
Sekurang-kurangnya 1,000 pelawat akan dibenarkan membayar fi kemasukan di tempat menyambut pengunjung di laluan itu pada hari pendakian mereka.
Tempahan boleh dibuat di laman sesawang rasmi yang dikendalikan wilayah itu dan pihak berkepentingan lain sehingga hari sebelum pendakian, dengan maksimum 100 orang dibenarkan membuat tempahan serentak.
Bayaran boleh dibuat dengan kad kredit atau kod respons pantas (QR).