
Kemalangan itu berlaku berhampiran kampung Palasari di mukim Ciater kira-kira 6.45 petang Sabtu waktu tempatan ketika bas membawa pelajar sekolah menengah itu pulang ke Depok dari Bandung selepas majlis perpisahan.
Jurucakap Polis Jawa Barat, Pesuruhjaya Jules Abraham Abast, dalam kenyataan menyatakan identiti si mati masih belum disahkan, manakala jumlah mangsa masih dikemas kini.
“Kami sedang menjalankan beberapa siri siasatan dan pengumpulan data di tempat kejadian,” tambah Jules.
Media tempatan melaporkan antara 11 mangsa maut ialah seorang penunggang motosikal, seorang guru, dan sembilan pelajar.
Mereka yang cedera mengalami kecederaan parah dan ringan dan dikejarkan ke hospital dan pusat kesihatan berhampiran untuk rawatan.
Ketua Agensi Pengangkutan Daerah Subang, Asep Setia Permana menjelaskan bahawa bas itu sepatutnya menuju ke Tol Cipali di Subang.
Namun, beliau mengesyaki kegagalan brek mungkin menyebabkan hilang kawalan yang membawa kepada kemalangan tragis itu.