5 maut kebakaran di daerah sibuk Hong Kong

5 maut kebakaran di daerah sibuk Hong Kong

Sekurang-kurangnya enam mangsa cedera dalam keadaan serius, dengan seorang lagi kritikal, kata pihak berkuasa hospital.

Anggota bomba melepasi bangunan New Lucky House di Hong Kong, lokasi kebakaran bermula. (Gambar AP)
HONG KONG:
Lima maut dan lebih 12 lagi cedera dalam kebakaran di sebuah bangunan kediaman di daerah sibuk Kowloon, Hong Kong pada Rabu.

Penduduk dalam bangunan itu melambai tuala di tingkap sebagai isyarat mendapatkan bantuan, menurut stesen penyiar RTHK yang melaporkan kebakaran bermula di sebuah gim dan menyebabkan jalan di sekitarnya terpaksa ditutup.

Kebakaran yang dinilai tiga dalam sistem lima gred di bandar itu dan jarang berlaku di hab kewangan global berkenaan, dipadamkan pada 8.54 pagi tadi, sejam selepas Jabatan Bomba dimaklumkan mengenai kebakaran di Jordan, sebuah kawasan padat dengan rumah dan pejabat di seberang pelabuhan.

Sekurang-kurangnya enam mangsa cedera dalam keadaan serius, kata pihak berkuasa hospital, dengan seorang lagi kritikal.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.