
Beliau berkata, sumbangan kira-kira USD35 juta yang telah dijadualkan pada tahun kewangan 2023 yang berakhir Mac untuk UNRWA akan diagihkan tidak lama lagi, lapor Agensi Berita Kyodo.
“Situasi kemanusiaan di wilayah Gaza terus bertambah buruk. Adalah menjadi tanggungjawab negara kita untuk bertindak balas terhadap krisis ini sebagai ahli Majlis Keselamatan PBB,” kata Kamikawa.
Jepun menghentikan pembiayaan kepada agensi PBB itu pada Januari susulan dakwaan penglibatan kakitangan UNRW dalam serangan pada Oktober tahun lalu.
Menteri itu berkatam penglibatan UNRWA adalah “penting” untuk memberikan sokongan kemanusiaan di Gaza.
Setakat ini, negara seperti Kanada, Australia, Sweden, Finland, dan Perancis telah memutuskan untuk menyambung semula pembiayaan mereka kepada UNRWA.