
Pengawal pantai Jepun menerima panggilan kecemasan sekitar 7 pagi apabila kru melaporkan kapal dalam kedudukan condong di perairan berhampiran pulau di bandar Shimonoseki di Wilayah Yamaguchi.
Kapal Keoyoung Sun yang membawa 11 anak kapal terdiri daripada dua warga Korea Selatan, Indonesia (lapan orang), dan seorang rakyat China – enam telah diselamatkan dan lima lagi masih belum ditemukan.
Tiada butiran mengenai warganegara yang diselamatkan serta hilang setakat ini.
Ketika itu kapal berlabuh berikutan ombak yang tinggi dan angin kencang.
Pengawal pantai berkata, pesawat dan kapal peronda sedang menjalankan operasi menyelamat.