Lanun rampas kapal kargo Bangladesh, 23 kru jadi tebusan

Lanun rampas kapal kargo Bangladesh, 23 kru jadi tebusan

Rampasan kapal membawa muatan arang batu dipercayai dilakukan rakyat Somalia.

Kapal MV Abdullah dirampas dalam perjalanan ke Pelabuhan al Hamriyah di Emiriah Arab Bersatu, kata Ketua Pengarah Jabatan Perkapalan Bangladesh Mohammad Maksud Alam.
DHAKA:
Lanun merampas sebuah kapal kargo Bangladesh di Lautan Hindi dan menjadikan semua 23 kru sebagai tebusan, kata Ketua Pengarah Jabatan Perkapalan Bangladesh Mohammad Maksud Alam.

Lanun terlibat disyaki rakyat Somalia kerana pantai itu terletak di negara berkenaan, katanya kepada Anadolu.

“Kapal kargo yang dinamakan MV Abdullah sedang mengangkut arang batu daripada Pelabuhan Maputo di Mozambique ke Pelabuhan al Hamriyah di UAE (Emiriah Arab Bersatu). Kru kapal itu memaklumkan kepada kami bahawa lanun berkenaan membawa senjata berat.

Semua anggota kru, bagaimanapun selamat dan kerajaan sedang berusaha untuk menyelamatkan mereka dan kapal itu menggunakan kesemua saluran diplomatik yang ada,” katanya.

Mohammad juga mengesahkan kapal itu milik SR Shipping Lines, Bangladesh.

Pada 2010, sebuah kapal SR Shipping dirampas lanun di Laut Arab.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.