3 maut akibat banjir, tanah runtuh di Indonesia

3 maut akibat banjir, tanah runtuh di Indonesia

Jurucakap Badan Nasional Pengurusan Bencana Indonesia berkata seramai 3,000 penduduk di 15 mukim dan 32 penempatan terjejas banjir, dengan 800 rumah ditenggelami air sehingga tiga meter.

Banjir buruk dan tanah runtuh di Sumatera Barat, Indonesia akibat hujan lebat sejak Khamis menyebabkan tiga orang terbunuh.
JAKARTA:
Seramai tiga orang terbunuh dalam banjir buruk dan tanah runtuh di daerah Padang Pariaman, Sumatera Barat akibat hujan lebat sejak Khamis malam.

Agensi pengurusan bencana Sumatera Barat mengesahkan seorang maut dalam banjir manakala dua lagi tertimbus dalam tanah runtuh pada Jumaat, menurut Badan Nasional Pengurusan Bencana Indonesia (BNPB).

Dalam satu kenyataan, jurucakap BNPB Abdul Muhari berkata seramai 3,000 penduduk di 15 mukim dan 32 penempatan terjejas banjir, dengan 800 rumah ditenggelami air sehingga tiga meter, memaksa sebahagiannya mencari perlindungan di tempat lain.

Menurut beliau, bencana itu juga menyebabkan kerosakan besar, termasuk kemusnahan tiga jambatan, jalan raya, lima kemudahan awam dan hampir 10 hektar tanah pertanian.

Usaha tindak balas kecemasan sedang dijalankan, termasuk operasi pembersihan lumpur dan penubuhan dapur awam.

Pegawai kesihatan juga sedang menubuhkan pos kesihatan untuk memberikan bantuan perubatan kepada penduduk yang terjejas.

Agensi Meteorologi BMKG telah mengeluarkan amaran awal untuk hujan lebat, ribut petir dan angin kencang di kawasan berbeza, termasuk Payakumbuh dan Bukit tinggi pada Sabtu dan Padang Pariaman pada Ahad.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.